Segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam. Salawat serta salam tak lupa selalu tercurah kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga hari kiamat.
Wahai sahabatku yang selalu di rahmati oleh Allah SWT
Alhamdulillah.... ALLAH SWT masih memanjangkan usia kita,
meminjamkan nyawa dan masih memberikan kesempatan kepada kita untuk memohon ampunan dari-NYA dan menegakkan Islam, supaya kita bisa mendapatkan ridha-NYA.
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang
lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya : Wahai
Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab :
Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi : Manakah di antara
kaum mukminin yang paling cerdik?"
Baginda menjawab : "Yang paling
banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas
kematian. Mereka itu orang cerdik,”
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Senantiasa mengingati mati bukanlah mengabaikan setiap perkara
di dunia tetapi senantiasa mengingati mati ialah menghindarkan diri dari tertipu
dengan kenikmatan dunia yang serba sementara.
"Genggamlah dunia jangan biarkan dunia menggenggam diri
mu. Kawallah nafsumu dan jangan biarkan nafsu mengawalmu."
Senantiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapi
mati bermaksud senantiasa membuat persiapan untuk ke alam kubur dan alam akhirat.
Di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan di dunia.
Bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk memakmurkan
bumi ALLAH SWT?
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu;
kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH yang mengetahui segala yang ghaib
dan yang nyata, lalu DIA memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan
(serta membalasnya).” (QS. Al-Jumu’ah : 8)
Dan perlu diingat, memakmurkan bumi ALLAH SWT bukanlah
bermaksud hidup di dunia dengan bersenang-lenang semata-mata tetapi bermaksud
berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan suruhan ALLAH SWT dan Rasul-NYA.
Matlamat hidup manusia di dunia yang sebenarnya adalah mencari dan untuk
mendapatkan ridha ALLAH SWT, bukan untuk mencari kesenangan dunia yang
semetara. Mencari ridha ALLAH SWT dengan mengamalkan ajaran agama dan
menyebarkannya.
Sungguh berbahagia orang yang sentiasa mengingati segala
dosa yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri demi sebuah perubahan diri
menuju taubat nasuha.
Tetapi alangkah ngerinya apabila kita selalu menunda amal
perbuatan baik dan taubat kerana merasakan usia masih muda dan merasakan akan
hidup lama di dunia ini padahal maut akan menjemput disaat kapanpun
Firman ALLAH SWT : "Siapa yang tidak bertaubat, maka
mereka itu adalah orang-orang yang zalim"
(QS. Al-Hujurat : 11)
"Orang yang bertaubat itu kekasih ALLAH, orang yang bertaubat
daripada dosa adalah seperti orang yang tidak mempunyai dosa." (HR Ibnu
Majah & Ibnu Mas'ud)
Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa
mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Subhanallah Wal Hamdulillah Wallahu Akbar....
0 comments:
Post a Comment